hmm tgk tajuk je, hatiku mula rs pilu. terigat kisah lm. terigt mcm mn nak survive dr kisah yg menyedihkan.
Pd sape yg penah bc blog ku sebelum ni ‘Ectopic Pregnancy’. they would understand.
Ape pun semuanyer kuasa Allah Taala. Dia yg menentukan mn yg terbaik utk kami.
cerita nyer bermula begini..
Aug 2007
-Br lepas operate c-section utk kuarkan janin. anak ku diambil kembali oleh pencipta.
-tiub fallopio seblh kanan dah takde. i lost half of my life.
-mc selama 2 weeks. berpantang mcm org bersalin tp takde anak. sedihh..
Sept 2007
-hr2 pun aku menangis n mengenang anak ku yg dah tiada.
-hr2 berfikir kenapa allah ambil kegembiraan kami.
-finally kami buat decision pegi jmp pakar sakit puan dkt bkt dmsr.
-Dr chck n mmg confirm aku cuma ada 1 tube kiri. aku rs dirku sgt cacat. bole ke aku pregnant kembali mcm org normal.
-Dr kt reason kenapa aku kena Ectopic Pregnancy adalh tiub kanan ku sempit n janin tak lepas lalu ke rahim.
-Dr kt harapan utk pregnant dgn 1 tuib msh ada, cuma peratusan rendah dr org lain.
-Kalu pregnant lg, aku msh ada risiko utk kena lg Ectopic Pregnancy.
-Akhirnya Dr bg aku ubat Clomid (kesuburan) utk 3bln. Tujuannyer utk tinggikan peluang utk pregnant dgn hasilkan ovum yg sht n byk.
Oct - Dec 2007
-Tiap2 bln aku mkn Clomid n tetap period. setiap kali aku period hanya tuhan yg tahu betapa pedihnya hatiku.
-Nasib ku baik kerana dikurniakan suami yg penyayang, tabah n sabar dgn keadaan isterinya.
-aku juga bertuah dpt ma, ayah, mak n ayah yg sentiasa bg support. adik-beradik yg sentiasa ceriakan hidup aku. terutama kak jue yg sentiasa nasihat n dgr mslh ku.
-kwn2 n opismate pun byk bg support. even my boss said, ur sadness also gave us pain. we all love u as family.
-Setiap kali period aku mesti berfikir kenapa allah amik anakku. kalu tak anakku dlm 5,6,7 bln dlm rahim ku. prt aku pun sepatutnya dah besar.
Jan2008
-Dr kt kalu aku still tak pregnant, aku kena dtg utk X-ray rahim. tujuannyer utk lihat keadaan tiub kiri sama ada sempit or tersumbat.
-Sktnyer tak terkata. aku menangis n meraung dlm surgeri room ms Dr x-ray. Bibie tak dibenarkan masuk. aku nangis smbl pgl bibie.
-dr result X-ray, tiub kiri ku normal. cuma belum ada rezeki kami.
-aku cuba meluahkan perasaan aku pd Dr. segala bebanan dlm hatiku selama ni. tp malangnyer Dr tu dah tua n tak berapa sudi nak dgr. maybe sbb dia dah taraf prof n ada ramai lg patient yg nak jmp.
-Akhirnya dia bg aku clomid utk 3bln lg. n suruh kami berusaha lg. dia kt jgn pkr sgt. ramai lg org yg lg malang dr aku.
- ramai lg org yg malang dr aku…yer itu la ayat plg aku benci. di saat ini aku tak peduli. bgku, aku la yg plg sengsara.
-semua org bole kata sabar. bgku semua org pun bole ckp. bkn mereka yg tanggung beban ini.
Mac 2008
-Our 1st anniversary. kami celebrate di phuket. a lot of thing happened. but we really enjoy our honeymoon.
-tp aku ttp sedih, jika tak aku dah pun deliver n tgh berpantang. yg mn ku kira hadiah terbaik utk anniversary kami.
-tp malangnyer itu tak terjd.
-bln ni, aku nekad. kalu aku period, aku tak mau nangis. tp akhrnya nekad ku mkn dr sendr.
-aku meroyan n hampir hlg akal. aku suruh bibie kawin lain. aku bgtau dia, aku tak mampu bg dia zuriat. perkara yg setiap perkahwinan inginkan.
-dia peluk aku, dia kt aku lebih berharga dr segalanya. dia kawin dgn aku adalah sbb aku. kalu ditakdirkan ada rezeki kami. insyaallah pasti ada.
-setiap kali jmp ma aku, aku pasti cerita kesedihan aku. ada sekali ni aku menangis dpn ma n bgtau aku tak tertanggung lg beban ini. ma pun menangis. dia kt, sabar. insyaallah pasti ada rezeki kamu berdua.
-mak mertua aku pun sentiasa dgr kesedihan aku. walaupun dia bkn ibu kandungku. tp dia tetap rs pedih dgn keadaan ku.
-tiap kali jmp sasa, aku pasti meleleh air mata. setiap kali itu, dia akan peluk aku n bg semangat. “i always there for u”. itu mmg ayat kami dr dulu.
April 2008
-Disebabkan aku masih tak pregnant after mkn Clomid. aku call klinik, ape yg patut aku lakukan.
-Nurse kt, dr suruh dtg utk buat UIU. aku tergamam, ape tue.
-Nurse tu kt 1st time nak buat yer. dia pun terangkan, pd waktu subur, sperm suami yg berkualiti akan diinject direct dkt ovum.
-kosnye hampir rm900 utk sekali buat.
-Aku pun surf di web tentang IUI, aku bc, kalu buat pun blum tentu trus jd.
-Ada org smp 4 kali pun masih belum berjy. akhirnya disarankan buat kaedah terakhir iaitu ‘Tabung Uji’.
-Aku btl2 keliru, aku tanya pendpt kak jue. dia suruh pkr btl2. even mkn clomid yg mrh pun aku merana bila tak berhasil. bayangkan kalu buat IUI yg rm900 then tak menjadi jgk.
-Hakikatnyer bkn duit mslh utama ku. aku rela berhabis duit utk zuriat kami. tp yg plg dirisaukan adlh kesan sekiranya UIU tak berjy. mungkinkah aku akan jd gile..
-aku tanya pendpt opismate aku amy. dia kt better u look for other Dr’s opinion. dia suggest aku jmp Dr Zarul. her faveret Dr.
-Kak Jue pun cdgkan aku pegi berurut dgn Mak yah. Ktnye setakat ni Alhamdulillah, ramai yg dpt rezeki pas jmp Mak yah.
-Aku kuatkan dr n pergi jmp dgn Dr zarul. Dia tanya skt ape? tb2 air mata aku meleleh. then aku cerita dr A to Z.
-Dia kt, kalu tiub kiri u tak de mslh, Insyaallah u bole preg balik. it just matter of time. U mkn Clomid then jgn pkr ape2. aku just diam.
-Then tb2 dia kt, mmg senang utk sy ckp tp u yg hadapi. bila dia ckp je begitu. aku rs lega sgt2. akhirnya ada org yg mampu kt begitu pd aku. aku rs tb2 ruang yg luas terbuka utk ku.
-Dr zarul kt lg, sy yakin u bole pregnant blk. tp i pun tak bole bgtau bila, itu semua kuasa Allah.
-Blk dr klinik, aku sgt yakin n lega. rs ringan segala beban ku.
May 2008
-Bln ni kami dah mula bz dgn urusan pindah ke rumah sendiri. segala perancangan kena atur dgn teliti. aku pun hmpr terlupa psl pregnant.
-period kali ni aku rs lega sbb tak pregnant. mungkin sbb kami akan pindah, so it is ok. kalu tak kesian bibie kena wat semua menda sendiri.
-Kak jue ajak kami pegi ke rumah Mak yah utk berurut.
-mak yah kt bdn aku byk angin. bila smp kat kaw rahim, dia kt rahim ku senget ke kiri. means bkn kat position yg sepatutnyer.
-Aku kt maybe ms operate, Dr main letak je rahim tue.
-B4 blk, mak yah kt, kita berusaha. semuanyer terpulang pd kuasa Allah taala.
-Kali ni aku rs lbh tenang. Aku ada terdgr ceramah dkt mhi, Ustaz kt kdg2 manusia silap. selalu pkr rezeki hanyalah duit n anak. bila allah tak bg 2 menda tu, kita rs Allah tak sayang kita.
-hakikatnya Allah bg rezeki dgn pelbagai cr. kesihatan, perkerjaan, kasih-sayang n byk lg.
-Bila aku pkr blk. mmg btl aku ada kerja yg baik n ckp mkn. dpt peluang g jln2 tmpt org.
-ada kesihatan yg baik. takde skt kronik or kanser or ape2.
-ada kasih sayang dr suami, dr parents2, dr siblings2, family n kwn2.
-Lg bersyukur, aku berjy tunaikan antara azam aku thn ni. nak bw ma n ayah g holiday g sabah full support. dirog tak pernah naik kapal terbang. ini mmg niat aku dr dulu. terima kasih Airasia, ‘Now everyone can fly’.
Jun 2008
-Kami asyik bz dgn pegi mkn kenduri. ms pegi kenduri kawin mazni, period aku dah lewat. dlm ms yg sm aku mcm nak dmm n tak selera mkn.
-tp aku tak nak layan, kalu ada rezeki kami, insyaallah ada.
-dlm hatiku asyik berkata, kalu tak pregnant pun tak pe. akhir bln ni nak pndh. nnt nak kena angkat brg2.
-monday tu aku btl2 tak larat. then trus g jmp dr Zarul. dia tanya dah period ker? aku kt belum. aku kt dmm je. then dia suruh gak wat Upt.
-aku kt dgn nurse, takde rsnya sbb br lg. tb2 nurse tu kt ada 2line la kak.
-Dr Zarul pun senyum n kt ada tue. alhamdulillah aku sedang membw zuriat kami. Syukur tak terkira. terima kasih Allah.
July - Now 2008
-i’m really enjoy my pregnancy. rezeki kali ni Allah permudahkan segalanya.
-Tak dmm n muntah teruk. boleh mkn. kuat n tabah.
-bibie tersgt gembira. Moto hidup dia, dia hanya gembira bila aku gembira. Terima kasih bibie sbb sentiasa percaya n yakin dgn yang.
-my family n friends, tak usah ckpla. tersgt2 hepi n suruh jg mcm2.
-tgl 14weeks lg seblum zuriat kami dpt lihat dunia. aku pohon allah permudahkan jln utk kami.
-semoga anak kami ckp sifat, normal, sihat, kuat n tabah. isyaallah..
-sekarang ni pun, dlm prt mummy dia tgh berjoget senang hati. br pas mkn agknyer.
Inilah kisah ku. hakikatnye kalu ditakdirkan blum ms utk dpt zuriat, itu bkn ending segalanya.
life so beautiful. lot of thing u can do to enjoy it.
Smillleeeeeee…….Alwayssss……..
