03/08/08
(
10.30pm
)
Di waktu yg sm sethn yg lalu aku masih dlm operation theatre (OT). Di saat ni tak siapa mampu bayangkan ape yg terjadi lebih2 lg aku yg tak sedar sbb dah kena bius. Bibie plak tgg dgn sabar di luar OT.
Sure u all semua pelik ape yg terjadi. Ectopic Pregnancy merupakan dugaan yg plg besar utk aku sepanjang 25thn aku hidup.
Tak ramai yg tau ape menda ni. So hr ni aku nak share pengalaman bersm kwn2, xkira la yg dah berkahwin, sudah ada anak or yg msih belum berkahwin.
Pada yg hawa, ini adalah dugaan yg besar. Pada adam, anda kena bersedia dr segi mental utk hadapi perkara ini andaikan isteri anda disahkan Ectopic Pregnancy.
17/07/07
(Tues)
Pada tarikh ini aku wat ujian UPT dirumah sbb period tak dtg lg. Then the result is positive. Ms tu hanya allah sj yg tau betapa bersyukurnye aku. Bahagia tak terkira. Aku call bibie, dia pun terkejut n tergamam sbb he’s going to be a father.
Tp dlm hati aku tetap ada perkara yg merisaukan sbb walopun period tak dtg, tetap ada brownish colour yg kuar. Selalunye itu petanda utk period.
Ditambah pula, a week before aku ada jatuh tergelincir di opis. Adakah aku keguguran.. suddenly I’m so panic.
Petang tu bie bw ke pusrawi utk chck up. Bila bgtau doc yg aku wat upt positive, dia trus wat scan. Tp dia kt dlm rahim kosong. Aku n bibie trus panic.
Doc kt rileks, maybe masih kecil so tak nmpk lg. kemudian doc hanya bg folic acid n duphaston utk kuatkan kandungan. Doc pun kt, ada setengah pregnancy mmg akan bleeding a bit b4 rahim build a wall for babie’s protection. Kami pun lega.
21-22/07/07 (Sat&Sun)
Hari ni kami pegi 2nd honeymoon dkt Bkt Tgg. Mmg bercdg nak pegi pas aku blk dr outstation. Tp tak sangka kami pergi utk babymoon.
Plg best, kami booking utk bilik biasa, then disebabkan rezeki baby, bilik kami dah diambil org n direplace dgn family suite yg sgt best.
Inilah saat yg plg gembira di saat agak risau dgn kandungan. Aku msh bleeding n tak bole berjalan or berdiri lama. Pinggang n kaki sure lenguh.
25/07/07
(Wed)
Ms di opis perut aku sakit sgt. Aku dah risau. Opismate aku kt maybe sbb aku mkn siput sedut semalam. *perhatian, mknan bercengkerang tak bole mkn ms pregnant* aku tak tau ms tu sbb mendanya sedap dimkn. Huhu.
Then
Lydia
n li yan bw aku pegi hospital putra plak. Kat sn doc scan lg, then still tak nmpk baby. Lg sekali doc yg lain pun kata may be awl lg. so dia test UPT. Tb2 resultnye negative. Air mata aku dah meleleh2. doc kata bertenang, dia amik darah utk beta HCG.
Sepanjang hari tu aku menangis tgg keputusan smada aku betul2 pregnant ataupun tidak. Nasib baik ada bibie yg emergency leave utk teman aku. Kami pergi ke farmasi utk beli upt kit sbb tak puas hati. Di rumah result tjk positive. Then hospital pun call bgtau aku mmg pregnant. Lega sungguh rsnya.
Pd petangnyer doc suruh dtg lg sekali utk injection utk kuatkan rahim. Sakitnye tak terkira. Di pg hari kena inject amik darah, di petang hr kena inject utk ubat.
27/07/07
(Fri)
aku kena dtg lg utk amik darah utk beta HCG. Sepatutnyer setiap kali result kuar utk beta HCG, ia kena double dr sebelumnyer. Contohnye 1st time amik 1500, then after 2hr beta HCG akan meningkat pd 3000.
pada hr ni result menunjukkan masih double. Means baby berkembang dgn baik. Malangnye scan masih tak nmpk. Doc kt maybe awl lg. Then lg sekali aku kena injection.
Kali ni injection macm berjy sbb aku dah tak bleeding lg. kami pun happy mungkin kandungan dah stabil. Walaupun dah stabil, doc tetap bg mc yg lm n suruh aku duk kat umah. Tak bole buat ape2. just rehat n mkn.
02/08/07
aku terjaga dr tido pd pkl 5 pg sbb tb2 aku rs mcm ada drh yg byk kuar. Di saat tu aku meraung mcm org gila. Bibie trus peluk dan pujuk aku. Aku kt, anak kita dah tak de.
Then dia trus bw aku pegi ke hospital lg. smp sn doc buat vaginal scan. Doc kt something wrong sbb di thp beta HCG yg begini, pttnye vagina scan dah bole nmpk baby. Ms tu air mata aku tak berhenti2 mengalir.
Doc pujuk aku n kt, khalilah awk engineer, dah byk perkara awk hadapi utk berjy. Perkara ni pun awk mesti mampu hadapi. Tp hakikatnye, hal berkaitan pelajaran kita mampu kawal sbb segalanya dtg dr usaha kita, hanya mls atau rajin. Dan juga doa kita pd allah. Tp utk kes kali nie semmgnye di luar kwln. Perkr yg berlaku didlm rahim, hanya allah sj yg tau.
Lg sekali darah diambil utk beta HCG n kena injection lg. kali nie aku rs sgt kosong. Asyik terpkr2 kenapa perkara ni menimpa aku. Aku pegang prt n tb2 sayu.
Ada
tak jodoh utk aku bertemu zuriat pertama kami ini.
03/08/07
(Fri)
8.00am
doc srh dtg lg hr ni utk check lg. kali ni kami bersedia dgn bj2 sbb doc dah bgtau kemungkinan aku akan dithn di wad utk observation.
Hari ni adalah sejarah, bila doc kt yg result beta HCG terbaru menunjukkan perkembangan anak kami terhenti. Beta HCG dah tak doubling.
Doc suggest buat laparoscopic, means di kaw rahim akan ditebuk utk masukkan kamera kecil utk cr di mn janin berada. Doc kt ada kemungkinan aku mengalami Ectopic Pregnancy (Mengandung di luar rahim).
aku tergamam, ape menda nyer ni. Doc terangkan, apabila benih tersenyawa dia tube fallopio, zigot akan travel dr tiub ke rahim dan melekat di dinding utk proses pembesaran. Dlm kes aku mungkin janin tersangkut di tiub sbb sempit. Atau sdh terjatuh di kaw uterus.
Bila aku tanya berapa kos utk laparoscopic, doc menerangkan kos lbh krg rm3000. dan andaikan aku terpaksa dibedah utk kuarkan janin, kos lbh krg rm5000. termasuk wad dan ubat2, lbh krg rm10000. ya allah mn aku nak dptkan duit sebyk itu.
Kemudian doc cdgkan kami refer di hospital selayang. Dia kuarkan
surat
reference yg bertanda URGENT. Di saat tu aku hanya mampu menangis dan menangis. Bibie tetap tenang.
Aku call ayah n ma. Diorg suruh aku teruskan laparoscopic di hospital putra. Aku kt, aku tak mampu. Ayah kt nnt dia akan bank in duit. Aku tak mampu terima bantuan yg terlalu byk. Aku just kt, biar aku pergi ke hospital selayang dulu.
10.00am
kami smp di hospital selayang. Selepas reg n menunggu giliran. Aku hanya mampu menangis. Bibie pun tak tau nak buat ape. Setiap kali aku letakkan kepala pd bahu dia, hanya air mata yg mengalir.
Bila smp giliran jmp doc, dia bc report dr hospital putra. Kemudian dia buat lg sekali rutin utk kes pregnant. Amik berat n tgg. Test upt. Vaginal scan lg.
Then dia tanya kamu tgl mn. Aku jwb dmsr. Dia kt jauh tu. Kalu dkt2 sni kamu bole blk dulu. Tgg smp skt prt yg berulang2 br dtg lg. aku rs nak tampar je doc tu. Dahla aku skt fizikal n mental. Bole dia kt mcm tu. Then tb2 dia kt, I admit u hr ni then mlm nnt kita akan buat laparoscopic n operation kalu perlu.
Aku dihantar oleh nurse ke wad dgn wheelchair. Aku btl2 tak tau nak buat ape. Smp di wad. Ibu2 yg mengandung lain semua pelik tgk aku.
Ada
sorg yg berani tanya. Trus air mata aku meleleh lg. dia kt sabar, dugaan tuhan.
Pd ms yg sm ada nurse praktikal. Bole la plak penjaga nurse2 tu tanya, ni dah kawin ke blum. Bengangnyer aku. Dia kt yela zaman skrg ni mcm2. aku nak je tjk
surat
nikah dlm handbag. Then nurse2 tu pun tanya umur aku berapa. Aku kt 25thn, hubby 27thn. Laa igtkan br 22 ke 23 ke. Huhuhuu.. hepila skit hati aku ada org puji.
Then doc chck lg sekali, dia kt aku kena puasa sbb pkl 6 ptg nnt nak msk OT utk laparoscopic n operation. Ptg tu aku kena sign
surat
yg mengesahkan aku sedia dibedah. Ms tu jugak bie pun kena sign utk membenarkan aku dibedah.
Pd ms tu aku takde ape pun pilihan. Doc kt selepas mskkan kamera n jmp janin di :
a) tiub, dia trus akan potong tiub bersama dgn janin. Means aku akan hidup dgn hanya 1 sj tiub fallopio.
b) uterus, dia akan lakukan d&c n tak perlu caesarean n msh ada 2 tiub
Bila ayah call, dia kt akak kuatkan semangat,. Akak anak ayah, ayah tau akak kuat n mampu hadapi.
Ma pula langsung tak menangis, aku tau dia kuatkan semangat utk aku. Dia berckp dgn sgt tenang.
Kakak ipar aku pun call n dia pun sm2 menangis bila dgr aku nangis.
8.00pm
Sasa n dil dtg lawat aku stlh berjy memperdayakan pak guard. Girl’s power. Ahaks. Diorg pun menahan air mata bila tgk aku menangis . Tp diorg tetap wat lawak utk hilangkan sedih aku.
Ms ni aku lapar sgt. Bygkan dah lbh 10jam tak mkn. Tak lm tu doc dtg sbb aku ngaduh lapar. Dia kt sabar sbb skrg ada kes kritikal dkt OT, org accident n tgh operate otak.
Tak lama pastu sasa n dil kena blk. Aku minta diorg doakan janin aku berada di uterus. Aku tak bersedia utk cacat lg. Pastu nurse pun dtg n bg uniform utk operation.
Ms tkr bj, bibie peluk aku n nangis. Dia kt dia sayangkan aku. Kalu ditakdirkan anak kita dah takde dia terima. Yg penting aku selamat. Dia perlukan aku. Aku tak mampu berkata ape2 selain menangis.
9.00pm
Tak lama lepas tu stretcher dtg n usung aku ke OT. Sebelum aku msk, aku dah minta maaf pd ma n ayah. Aku jugak minta maaf pd bibie. Aku minta semua halalkan mkn minum aku. Aku takut kalu tak sedar lg n tak dpt jumpa lg.
Ms dlm OT, aku brg sorg atas stretcher tgg doc. Fikiran aku kosong. Aku tak tau nak trus hidup ataupun mati. Itu semua ketentuan allah. Aku berserah..
Perkara yg terakhir aku igt di OT, doc tanya aku sape nama n no ic. Aku sbt dgn jelas sbb diorg tkt tersalah org. then aku dgr doc tu bgtau nak bius aku. Then aku dah tak sedar n tak igt ape2…
11.30 pm
aku terasa sejuk yg amat sgt. Tulang aku rs mengigil. Aku tak tau aku hidup atau mati. Mata tak boleh buka. Gigi aku bergetap sbb mengigil kesejukan. Tb2 aku yakin yg aku nak hidup. Nak jmp bibie, ma ayah, family n kwn2. aku tak sedia lg utk pergi. Aku igt lg, aku jerit2 dlm OT pgl nm bibie, ma ayah. Mcm org gila.. heheee
Tb2 aku dgr nurse jerit. Khalilah kenapa ni, nape jerit2. jgn tktkan org. aku kt sejukk2. then dia selimutkan aku lg. tak lm pas tu nurse tolak stretcher kuar dr OT. Aku nmpk bibie. Aku tanya dia doc ada ckp ape2 x? sbb aku tak tau ape statusnyer. Bibie just geleng kepala.
Smp di wad, aku di pindahkan ats katil. Diberikan suntikan antibiotik. Doc yg operate aku dtg n tanya aku bagaimana. Aku kt skt..
then tb2 aku tahan dia n tanya ape terjd pd aku. Dia terangkan yg janin dijumpai di tiub sebelah kanan. Janin tersangkut sbb tiub sempit. So diorg telah potong tiub kanan bersama dgn janin. Aku trus menangis n genggam tgn bibie. Aku skrg hidup dgn hanya 1tiub fallopio, di sebelah kiri.
Disebabkan aku terlalu lemah n msh mengantuk, aku tertido blk. Aku hanya sempat minta maaf pd bibie sbb kecewakan dia. Aku sedih sbb aku bkn sempurna lg utk suami ku. Aku tkt tak mampu bg zuriat utk dia lg. dan akhirnya aku tertido n tak sedar ape2 lg.
Okla
aku pun kena berenti utk tido pd
03/08/08
ni. Sbb baby br dlm rahim ajak tido. Nnt aku smbg lg pengalaman yg aku tempuhi selepas operation. Dan lg satu experience how I become pregnant again. Good nite..